PENANTIAN atau PENENTUAN ???
Bertitik tolak dari rasa kesal dan sedih dengan tsunami
politik yang turut melanda utara pantai barat semenanjung yang mengakibatkan
kita kehilangan beberapa negeri dalam pilihanraya 2008 lalu yang walaupun tidak
dapat dinafikan terdapat begitu banyak sebab-sebab boleh dikemukakan bagi
menjawab persoalan kekalahan itu, Namun satu sebab tersendiri yang amat perlu
diberikan perhatian ialah ujudnya punca-punca dalaman yang mewakili UMNO itu
sendiri yang menyumbang kepada kekalahan tersebut.
Tidak juga dapat dinafikan sama sekali bahawa dalam
pilihanraya umum ke 13 ditahun 2013 ini kita masih lagi dihidangkan kekesalan
bagai tiadanya keinsafan dalam membetulkan kesilapan lalu seolahnya kelemahan
dan kepincangan yang telah dikenalpasti akan terubat dengan perubahan sikap
kalangan rakyat untuk mengembalikan sokongan kepada UMNO demi mempertahan
maruah Bangsa Agama dan Negara.
Dibawah kepimpinan yang dikasihi YAB Dato’ Seri Mohamad Najib selaku presiden
parti serta dibantu kerja kuat oleh YAB. Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan
Presiden, kita telah berjaya mengembalikan sokongan sebilangan besar pengundi yang
berpaling tadah dalam pilihanraya lalu dan transformasi yang dibawa membuktikan
bahawa “kelemahan bukanlah sesuatu yang kekal dan ianya boleh diatasi / dibaiki”.
Menjelang pilihanraya umum ke 13 ini, rata-rata dikalangan
kita telah menghitung kemenangan yang bakal diperolehi Parti dengan harapan
bakal mendapat mandat yang besar di Parlimen dan mengembalikan kerajaan
memerintah dinegeri-negeri yang ditawan pembangkang.
Pun begitu persoalannya dapatkah kita nafikan bilamana nama-nama
calon yang bakal mewakili parti dipersembahkan kepada kita sebelum penamaan
calon pada 20hb April yang lalu, terdapatnya begitu ramai kalangan pengundi dan
penyokong parti menggeleng kepala kerana perkara pokok bagi memastikan kejayaan
parti iaitu “winable candidate” telah bertukar menjadi “wincable candidate”,
Pun begitu, demi akurnya dan taatnya kita dalam memastikan kejayaan berpihak
kepada parti, dalam masa berkempen ini, walau pahit bagai jadam kita telan dan
kita usahakan kemenangan walaupun kedapatan calon diturunkan yang merupakan
anak watan, kepimpinan peringkat bahagian tetapi tersesat dan tidak menjumpai
cawangan dalam bahagiannya sendiri dimasa berkempen ini.
Menjadi persoalan sekarang, menjadi tanda tanya dan menjadi penantian kita
bersama, menjelang esok, kita bakal mengundi parti yang kita sayangi ini, kerana
itu merupakan tanggungjawab kita kepada parti yang menjadi wadah bagi
perjuangan mempertahan dan memartabatkan Bangsa, Agama dan Negara ini dan
pastinya menjadi penantian sampingan juga kepada kita di negara ini untuk
mendengar keputusan bagi calon-calon “cable” ini kerana sebahagian kita tahu
kehendak siapakah ia itu.
Sama-sama kita menanti. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment