Friday, May 3, 2013


PENANTIAN atau PENENTUAN ???
Bertitik tolak dari rasa kesal dan sedih dengan tsunami politik yang turut melanda utara pantai barat semenanjung yang mengakibatkan kita kehilangan beberapa negeri dalam pilihanraya 2008 lalu yang walaupun tidak dapat dinafikan terdapat begitu banyak sebab-sebab boleh dikemukakan bagi menjawab persoalan kekalahan itu, Namun satu sebab tersendiri yang amat perlu diberikan perhatian ialah ujudnya punca-punca dalaman yang mewakili UMNO itu sendiri yang menyumbang kepada kekalahan tersebut.
Tidak juga dapat dinafikan sama sekali bahawa dalam pilihanraya umum ke 13 ditahun 2013 ini kita masih lagi dihidangkan kekesalan bagai tiadanya keinsafan dalam membetulkan kesilapan lalu seolahnya kelemahan dan kepincangan yang telah dikenalpasti akan terubat dengan perubahan sikap kalangan rakyat untuk mengembalikan sokongan kepada UMNO demi mempertahan maruah Bangsa Agama dan Negara.
Dibawah kepimpinan yang dikasihi  YAB Dato’ Seri Mohamad Najib selaku presiden parti serta dibantu kerja kuat oleh YAB. Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan Presiden, kita telah berjaya mengembalikan sokongan sebilangan besar pengundi yang berpaling tadah dalam pilihanraya lalu dan transformasi yang dibawa membuktikan bahawa “kelemahan bukanlah sesuatu yang kekal dan ianya boleh diatasi / dibaiki”.
Menjelang pilihanraya umum ke 13 ini, rata-rata dikalangan kita telah menghitung kemenangan yang bakal diperolehi Parti dengan harapan bakal mendapat mandat yang besar di Parlimen dan mengembalikan kerajaan memerintah dinegeri-negeri yang ditawan pembangkang.
Pun begitu persoalannya dapatkah kita nafikan bilamana nama-nama calon yang bakal mewakili parti dipersembahkan kepada kita sebelum penamaan calon pada 20hb April yang lalu, terdapatnya begitu ramai kalangan pengundi dan penyokong parti menggeleng kepala kerana perkara pokok bagi memastikan kejayaan parti iaitu “winable candidate” telah bertukar menjadi “wincable candidate”, Pun begitu, demi akurnya dan taatnya kita dalam memastikan kejayaan berpihak kepada parti, dalam masa berkempen ini, walau pahit bagai jadam kita telan dan kita usahakan kemenangan walaupun kedapatan calon diturunkan yang merupakan anak watan, kepimpinan peringkat bahagian tetapi tersesat dan tidak menjumpai cawangan dalam bahagiannya sendiri dimasa berkempen ini.
Menjadi persoalan sekarang,  menjadi tanda tanya dan menjadi penantian kita bersama, menjelang esok, kita bakal mengundi parti yang kita sayangi ini, kerana itu merupakan tanggungjawab kita kepada parti yang menjadi wadah bagi perjuangan mempertahan dan memartabatkan Bangsa, Agama dan Negara ini dan pastinya menjadi penantian sampingan juga kepada kita di negara ini untuk mendengar keputusan bagi calon-calon “cable” ini kerana sebahagian kita tahu kehendak siapakah ia itu.
Sama-sama kita menanti. Terima kasih.

Thursday, September 18, 2008

Era Baru UMNO

Tun Mahathir.
Sekalong tahniah buatmu pembela. Sesuburmanapun pokok yang ditanam. tentusaja kerna ternyata lebihnya mudarat dari tempat bernaung. Pasti mematikannya diketahui mu jua. Kamulah pembela No 1 Negara.
.
Dato' Seri Najib.
Dayong kini ditanganmu selaku pengemudi No 1 Bahtera UMNO. Bakal pimpin Negara. Juanglah untuk Malaysia. kembalikanlah kegemilangan Bangsa.
.
Tan Sri Muhyidin.
Merealisasikan gelombang pembaruan telah menyelamatkan bahtera UMNO dari karam sebelum waktunya. Kamu Orang No 2 Negara, Tiada cukup kata syukur dan gumbira bisa seluruh warga lafaskan padamu.
.
Padamu bertiga Pimpinan Negara.
Kami sandarkan harapan.